Polis sahkan Pengerusi PRASARANA Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan satu sidang media pada Selasa.<br />Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Haji Abdullah berkata perbuatan itu dikesan berlaku dalam sidang media selepas beliau melawat lokasi kemalangan tren Rapid KL.
